Tuesday, April 19, 2011

HARIAN METRO (SETEMPAT) Anjing baham payudara

Oleh Mohamad Danial Mohamad Saad
am@hmetro.com.my





Preview image, see text for description
esan cedera selepas digigit anjing jiran 

BUKIT MERTAJAM: Seorang suri rumah yang cedera payudara kirinya digigit seekor anjing jenis German Shepherd pada
 Jumaat lalu, kini dalam pertimbangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik anjing berkenaan.
Mangsa, Lee Boon Chen, 44, berkata, walaupun pemilik anjing itu sudah memohon maaf selepas insiden itu, dia tidak akan berdiam diri dan mahu melakukan sesuatu untuk memberi pengajaran kepada pemilik anjing lain yang tidak mengutamakan keselamatan orang awam.
Katanya, dia mahu pemilik anjing lebih bertanggungjawab termasuk menjaga dan mengawal haiwan peliharaan masing-masing bagi mengelak orang lain menjadi mangsa.

“Selepas kejadian ini, saya trauma, malah kerap bermimpi diserang anjing dan jika saya melihat atau terserempak dengan anjing jenis itu, saya takut dan badan menggigil,” katanya ketika ditemui menerima rawatan susulan di sebuah hospital swasta di sini semalam.


Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi Jumaat lalu, Lee nyaris kehilangan payudara kirinya selepas cedera diserang anjing berkenaan ketika dia membawa anjing peliharaannya jenis Shih Tzu bersiar-siar di kawasan perumahan di Taman Tambun Indah, Simpang Ampat dekat sini.

Sunday, April 17, 2011

HARIAN METRO (SETEMPAT) Laung azan baru jumpa

myMetro bullet Setempat



Laung azan baru jumpa
Laporan dan foto MOHAMAD DANIAL MOHAMAD SAAD
am@hmetro.com.my









BUKIT MERTAJAM: “Selepas melaungkan azan berkali-kali, baru saya terdengar suara Hanif minta tolong,” kata seorang penduduk Kampung Cherok To’ Kun, di sini, yang terbabit dalam operasi mencari mangsa sesat dalam hutan Bukit Mertajam, kelmarin.
Shahruddin Che Amat, 38, berkata selepas mendengar suara mangsa, dia bersama beberapa penduduk terpaksa meredah dan menebas belukar sejauh 10 meter sebelum menemui Mohd Hanif Hashim, 23, dalam gaung.

Mohd Hanif ditemui jam 12 tengah malam semalam dalam keadaan keletihan selepas sesat dalam hutan kira-kira tujuh jam.

Shahruddin berkata, sebaik mengenal pasti Mohd Hanif berada dalam gaung sedalam kira-kira enam meter itu, dia meminta dua remaja turun ke gaung untuk menyelamatkan mangsa.

“Kami dapat mengenal pasti lokasinya selepas berhubung melalui telefon bimbit serta butiran kawasan yang diberitahunya.

“Dua remaja kampung ini terpaksa turun ke gaung untuk membantu dan menyelamatkannya,” katanya.


Sementara itu, bapa mangsa, Hashim Ibrahim, 53, berkata anaknya kerap mendaki bukit berkenaan tetapi kali ini anaknya menggunakan laluan baru.

Katanya, Mohd Hanif menghubunginya jam 6.45 petang memaklumkan sesat di hutan itu sebelum dia meminta bantuan pihak berkuasa dan penduduk.

“Mohd Hanif hubungi saya dan memberitahu dia terjatuh serta sesat dalam hutan itu dan bimbang kerana keadaan semakin gelap.

“Begitupun, saya bersyukur dia selamat ditemui dan hanya calar sedikit. Menurutnya, dia terjatuh dua kali ketika mencari jalan keluar sebelum kali terakhir jatuh ke dalam gaung,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat bermula kira-kira jam 7 malam dengan bantuan 200 orang yang dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Selain penduduk, turut terbabit dalam operasi menyelamat ialah polis, Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), Jabatan Pertahanan Awam (JPA3), Pasukan Bomba dan Penyelamat serta pertubuhan sukarela.

Dalam operasi itu, polis menggunakan pelbagai cara termasuk menyalakan bunga api serta tembakan cahaya merah (SOS Fire).

Difahamkan, kejadian orang hilang di bukit berkenaan sering berlaku, terutama selepas lewat petang.



                                                                                                     

Friday, April 15, 2011

HARIAN METRO (BERITA UTAMA) ‘Meninggal’ 40 minit

myMetro bullet Berita Utama

Oleh Mohamad Danial Mohamad Saad
am@hmetro.com.my



GEMPAR...ahli keluarga lelaki terbabit menunggu di Hospital Seberang Jaya, semalam.
GEMPAR...ahli keluarga lelaki terbabit menunggu di Hospital Seberang Jaya, semalam.


SEBERANG JAYA: Unit Kecemasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) gempar apabila seorang lelaki yang diisytiharkan sudah ‘meninggal dunia’ oleh pegawai perubatan, secara tiba-tiba hidup kembali, dalam satu kejadian, semalam.
Difahamkan, lelaki berusia 65 tahun itu dikejarkan ke HSJ apabila tidak sedarkan diri selepas terjatuh ketika bertengkar dengan abangnya.

Dalam kejadian di rumah mangsa di Tanah Liat, kira-kira jam 11.30 pagi semalam, lelaki yang dikenali sebagai Hock bertengkar dengan abangnya berusia 70 tahun sebelum tolak menolak berlaku.

Dalam pergaduhan itu, mangsa tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri sebelum dihantar ke HSJ untuk rawatan.

Menurut sumber, ketika menerima rawatan kecemasan di Unit Kecemasan hospital itu, mangsa didapati tidak bernafas dan berikutan itu, dia disahkan meninggal dunia.

Bagaimanapun, kira-kira 40 minit kemudian, mangsa didapati bernafas semula menyebabkan kakitangan di unit berkenaan terkejut sebelum bertindak menghantar mangsa ke Unit Rawatan Rapi (ICU).


“Mangsa tidak langsung bernafas ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan dan kira-kira 40 minit kemudian mangsa bernafas semula,” katanya.

Sementara itu, ahli keluarga mangsa ketika ditemui enggan memberi sebarang kenyataan mengenai kejadian itu dan wartawan yang menunggu di hadapan wad ICU melihat isteri dan dua anak lelaki mangsa berbincang dengan doktor mengenai keadaan mangsa.

Kira-kira sejam selepas itu, ketiga-tiganya dilihat meninggalkan hospital selepas melawat mangsa.

http://www.hmetro.com.my/articles/2011041502171220110415021712/Article

Preview image, see text for description